Sunday, March 29, 2009

Kesalahan Tatabahasa

Kata Ganti Diri

1. Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk mengganti kata nama orang.
2. Kata ganti diri tidak boleh digunakan untuk benda atau binatang. Misalnya:
*Kucing itu mati. la dilanggar lori. (salah)
Kucing itu mati dilanggar lori. (betul)


3. Kata beliau boleh digunakan hanya untuk orang yang dihormati seperti ibu bapa, guru, menteri atau orang tua-tua, dan bukan kanak-kanak. Misalnya:


*Beliau ditangkap kerana mengedarkan dadah. (salah)
Dia ditangkap kerana mengedarkan dadah. (betul)


4. Semua kata ganti tidak boleh digandakan atau diulang menjadi *kamu-kamu, *anda-anda, *mereka-mereka, dan sebagainya. Misalnya:


*Mereka-mereka yang bersalah akan dihukum. (salah)


Mereka yang bersalah akan dihukum. (betul)


5. Kata ganti ia dan nya tidak boleh digabungkan menjadi "ianya. Misalnya:


*Jika tidak dirawat, mungkin ianya akan lumpuh. (salah)
Jika tidak dirawat, mungkin ia akan lumpuh. (betul)


6. Kata ganti diri seperti beta, baginda, dan patik digunakan hanya dalam hubungan dengan kerabat diraja saja.


Kata Bilangan


1. Kata bilangan ialah kata yang pada umumnya digunakan untuk menghitung benda, misalnya satu, dua, dan seterusnya, atau beberapa, semua, dan sebagainya.


2. Kata bilangan tak tentu setengah-setengah, kata bilangan pisahan tiap-tiap, dan kata bilangan himpunan kedua-dua, dan sebagainya tidak boleh disingkatkan sewenang-wenangnya.


Lihatlah contoh kesalahan dan pembetulan yang berikut:


(a) *Setengah orang tidak suka akan durian. (salah)
Setengah-setengah orang tidak suka akan durian. (betul)


(b) *Tiap pelajar harus berdisiplin. (salah)
Tiap-tiap pelajar harus berdisiplin. (betul)


(c) *Kedua orang itu anggota polis. (salah)
Kedua-dua orang itu anggota polis. (betul)


(d) `Berbagai usul dikemukakannya. (salah)
Berbagai-bagai usul dikemukakannya.(betul)


3. Kata bilangan tak tentu para pula tidak boleh diulang menjadi para-para. Lihatlah contoh kesalahan dan pembetulan yang berikut:


*Para-para peserta sedang berbaris.(salah)
Para peserta sedang berbaris. (betul


4. Kata bilangan tentu seperti satu, dua, tiga, dan seterusnya tidak boleh didekatkan sekaligus dengan kata bilangan pecahan. Lihatlah contoh kesalahan dan pembetulan yang berikut:


(a) *Sudah dua suku jam dia menunggu. (salah)
Sudah dua jam suku dia menunggu. (betul)


(b) *Harganya tiga setengah ringgit. (salah)
Harganya tiga ringgit setengah. (betul)


3 Penjodoh Bilangan


1. Penjodoh bilangan digunakan bersama-sama dengan kata bilangan.


2. Walau bagaimanapun, penjodoh bilangan tidak perlu digunakan, bersama-sama dengan kata bilangan seperti para, segala, sekalian, seluruh, semua, sebahagian, setengah-setengah, dan sebilangan. Misalnya:


(a) *para orang pelajar (salah)
Para pelajar (betul)


(b) *segala ekor binatang (salah)
segala binatang (betul)


(c) *sekalian orang peserta (salah)
sekalian peserta (betul)


(d) *seluruh buah negeri (salah)
seluruh negeri (betul)


(e) *semua orang gadis (salah)
semua gadis (betul)


Kata Sendi


1. Kata sendi ialah kata yang digunakan bersama-sama dengan frasa nama untuk menghubungkan frasa nama itu dengan kata-kata lain dalam ayat.


2. Sebagai kata yang merangkaikan frasa nama dengan kata adjektif dan kata kerja tak transitif, kata sendi tidak boleh dilenyapkan. Misalnya:


(a) *Ravi suka durian. (salah)
Ravi suka akan durian. (betul)


(b) *Kami lalu jalan itu supaya cepat sampai. (salah)
Kami lalu di jalan itu supaya cepat sampai. (betul)


(c) *Abang sudah pergi pejabat.(salah)
Abang sudah pergi ke pejabat. (betul)


(d) *Kita mesti hormat guru. (salah)
Kita mesti hormat akan/kepada/ terhadap guru. (betul)


(e) *Saya bertemu Ali di pasar pagi tadi. (salah)
Saya bertemu dengan Ali di pasar pagi tadi. (betul)


3 .Elakkan penggunaan kata sendi yang diberikan dalam kurungan.


(a) Para pelancong dari Jepun. (bukan *daripada)


(b) Ucapan itu daripada Encik Jamal. (bukan *dan)


(c) Ali lebih tinggi daripada Ahmad. (bukan *dari)


(d) Bekas itu dibuat daripada plastik. (bukan *dari)


(e) Buku ini terdiri daripada tiga bahagian. (bukan *dari)


(f) Pada waktu petang, saya membantu ayah. (bukan * di)


(g) Buku itu ada pada Sheila. (bukan *dengan)


(h) Pasu itu terhempas ke tanah. (bukan *di)


(i) Encik Azman sudah berpindah ke Kelang. (bukan * di)


(j) Buku itu sudah saga pulangkan kepada pustakawan. (bukan *ke)


(k) Isa tertarik oleh kejelitaan gadis itu. (bukan * dengan)


(l) Kami mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang saudara-saudara berikan. (bukan *diatas)


Kata Kerja Tak Transitif


1. Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat berdiri sendiri dengan makna yang penuh.


2. Kata kerja tak transitif yang berawalan ber, atau men, atau ter, misalnya: berbincang, berkata, bertanya, melompat, tersenyum, dan sebagainya tidak boleh ditiadakan awalannya. Contohnya:


(a) *Dia kata kepada saya. (salah)
Dia berkata kepada saya. (betul)


(b) *Jangan lompat. (salah)
Jangan melompat. (betul


(c) *Dia senyum kepada saya. (salah)
Dia tersenyum kepada saya. (betul)


Kata Kerja Transitif


1. Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti disertai objek untuk menjadi frasa kerja yang dapat bertugas sebagai predikat dalam ayat.


2. Objeknya mestilah frasa nama.


3. Kecuali kata makan dan minum serta katakata yang berapitan ber...kan, semua kata kerja transitif dalam ayat aktif tidak boleh tidak berawalan men, Misalnya:


(a) *Dia suka baca buku. (salah)
Dia suka membaca buku (betul


(b) *Ahmad tendang bola itu. (salah)
Ahmad menendang bola itu. (betul)


4. Kata kerja transitif yang berapitan men ...kan dan men ...i berbagaibagai maknanya dan mesti digunakan dengan berhatihati. Lihatlah contoh kesalahan dan pembetulan yang berikut:


(a) *Dia memberikan saya sebatang pena. (salah)
Dia memberi saya sebatang pena. (betul)
Dia memberikan sebatang pena kepada saya. (betul)


(b) *Hakim menjatuhkan orang itu hukuman mati. (salah)
Hakim menjatuhi orang itu hukuman mati. (betul)
Hakim menjatuhkan hukuman mati terhadap orang itu. (betul)


Kata Tanya


1. Kata tanya digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya.


2. Beberapa contoh kata tanya yang biasa digunakan ialah apa, bagaimana, berapa, mana, mengapa, dan siapa.


3. Kesalahan umum dalam penggunaan kata tanya Bering berlaku pada kata apa dan siapa.


4. Kata tanya apa boleh digunakan hanya untuk menanyakan nama benda atau binatang saja.


5. Kata tanya siapa pula boleh digunakan hanya untuk menanyakan nama manusia.


6. Lihatlah contoh kesalahan dan pembetulan yang berikut:


(a) *Nama kucing ini siapa? (salah)
Nama kucing ini apa? (betul)


(b) *Apa nama anak saudara ini? (salah)
Siapa nama anak saudara ini? (betul)


Kata Hubung

1. Kesalahan umum dalam penggunaan kata hubung biasanya berlaku sebagai akibat tidak memahami cara menggunakan kata hubung itu dengan tepat dalam ayat.


2. Elakkan penggunaan kata hubung yang diberikan di dalam kurungan.


(a) Koding berdiri lalu memberikan jawapan. (bukan *maka)


(b) Gadis itu cantik tetapi sombong. (bukan *meskipun)


(c) Dia akan tidur di rumah saya atau di hotel. (bukan *dan)


(d) Siti menangis apabila mendengar berita itu. (bukan *bila)


(e) Saya terkejut apabila Lili menjerit. (bukan *bila)


(f) Kita mestilah yakin bahawa Tuhanlah yang menentukan segalagalanya. (bukan "agar)


(g) Sekiranya saya terlupa, tolong ingatkan saya. (bukan *maka)


(h) Bayi itu lapar maka dia menangis. (bukan *hingga)


(i) Jamal rajin membaca buku tetapi adiknya malas. (bukan * meskipun)


(j) Buku ini berguna bukan saja bagi para pelajar tetapi juga bagi para guru. (bukan * baik...ataupun)


Bentuk Jamak


1. Bentuk jamak dapat dinyatakan melalui:


(a) pengulangan kata nama seperti burung-burung, guru-guru, kawan-kawan, dan sebagainya.


(b) penggunaan kata bilangan yang membawa maksud jamak seperti dua buah kereta, semua pelajar, para pemudi, dan sebagainya.


(c) Pengulangan kata adjektif seperti baik-baik, handal-handal, tinggi-tinggi, dan sebagainya.


(d) pengulangan kata yang mendukung makna jamak seperti rakyat.


2. Kata nama yang menyertai kata bilangan tidak perlu diulang. Misalnya:


(a) *dua buah kereta-kereta (salah)
dua buah kereta (betul


(b) *semua pelajar-pelajar(salah)
semua pelajar (betul


(c) "para pemudi-pemudi (salah)
para pemudi (betul)


3. Sesuatu kata yang sudah membawa makna jamak tidak perlu diulang. Misalnya:


*Rakyat-rakyat Malaysia harus bersatu padu. (salah)
Rakyat Malaysia harus bersatu padu. (betul)


4. Oleh sebab kata adjektif yang diulang sudah membawa makna jamak, maka kata nama tidak perlu diulang. Misalnya:


(a) * Lukisanlukisan itu cantikcantik belaka. (salah)
Lukisan itu cantikcantik belaka. (betul)


(b) *Bangunanbangunan di Kuala Lumpur tinggi-tinggi. (salah)
Bangunan di Kuala Lumpur tinggi-tinggi. (betul)


Hukum DM


1. Hukum DM ialah hukum tentang penyusunan katakata untuk membentuk frasa nama dalam ayat.


2. Kesalahan timbul apabila Hukum DM dilanggar sewenang-wenang. Misalnya:


(a) *lain-lain hal (salah)
hal-hal lain (betul)


(b) *Malik kedai runcit (salah)
kedai runcit Malik (betul)


(c) *goreng pisang (salah)
pisang goreng (betul)


(d) cili sos (salah)
sos cili (betul)


(e) *mini estet(salah)
estet mini (betul)


Frasa Adjektif


1. Kata adjektif dapat menjadi frasa adjektif apabila bertugas sebagai predikat dalam ayat.


2. Frasa adjektif sebagai predikat ayat boleh disertai kata penguat.


Contohnya: sangat besar atau besar sekali.


3. Kata penguat tidak boleh diletakkan di depan dan di belakang kata adjektif sekaligus. Misalnya:


(a) "Ubat itu sangat pahit betul. (salah)
Ubat itu sangat pahit. (atau) Ubat itu pahit betul. (betul)
Soalan inilah yang paling sukar sekali. (salah)
Soalan inilah yang paling sukar. (atau) Soalan inilah yang sukar sekali. (betul)


4. Apabila kata adjektif yang berawalan ter digunakan sebagai penerang, kata penguat tidak diperlukan. Misalnya:


(a) *Asmah mendapat markah yang paling terbaik. (salah)
Asmah mendapat markah yang terbaik. (betul)


(b) *Stadium inilah yang terbesar sekali di dunia. (salah)
Stadium inilah yang terbesar di dunia. (betul)


5. Frasa adjektif perlu diikuti oleh frasa sendi apabila diperluas. Misalnya:


(a) *Saya gemar lagulagu Melayu asli. (salah)
Saya gemar akan lagulagu Melayu asli. (betul)


(b) *Kami benci sikapnya itu. (salah)
Kami benci akan sikapnya itu.(betul)


Frasa Kerja Tak Transitif


1. Frasa kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat bertugas sebagai predikat ayat tanpa objek atau sekumpulan kata yang mempunyai kata kerja talk transitif sebagai kata kerja utamanya.


2. Kata kerja talk transitif yang berapitan ber...kan tidak boleh disertai kata sendi kerana akhiran kan pada apitan ber...kan itu berasal daripada kata sendi akan yang dapat mewakili kata sendi dengan, atau pada, atau tentang. Misalnya:


(a) *berdasarkan pada keterangan ini (salah)
berdasarkan keterangan ini (betul)


(b) *bertanyakan khabar (betul)
bertanyakan tentang khabar (salah)


3. Frasa kerja talk transitif perlu diikuti frasa sendi apabila diperluas. Misalnya:


(a) *Ingatkah kamu janji janjimu? (salah)
Ingatkah kamu akan janjijanjimu? (betul)


(b) *Kami ingin bertemu Pengetua esok. (salah)
Kami ingin bertemu dengan Pengetua esok. (betul)


Frasa Kerja Transitif


1. Frasa kerja transitif ialah frasa kerja yang terdiri daripada kata kerja transitif serta frasa nama sebagai objek kepada kata kerja transitif itu.


2. Antara kata kerja transitif dengan frasa nama sebagai objek itu, katakata lain tidak boleh disisipkan. Misalnya:


(a) *Kami membincangkan tentang masalah itu. (salah)
Kami membincangkan masalah itu. (betul)


(b) *Dia membeli banyak buah.(salah)
Dia banyak membeli buah. (betul)


(c) *Saya hendak menjelaskan lagi perkara itu. (salah)
Saya hendak menjelaskan perkara itu lagi. (betul)
Saya hendak memperjelas perkara itu. (betul)


Frasa Kerja Pasif


Bentuk frasa kerja pasif diri pertama dan frasa kerja pasif diri kedua disebut bentuk terikat.


Oleh sebab itu, katakata lain tidak boleh disisipkan di antara kata ganti diri dengan kata kerja pasif itu. Misalnya:


(a) *Surat itu saga akan balas.(salah)
Surat itu akan saga balas.


(b) *Orang itu kita patut Bantu.(salah)
Orang itu patut kita Bantu. (betul)


(c) *Kerja itu kamu mesti siapkan.(salah)
Kerja itu mesti kamu siapkan.(betul)


3. Bentuk frasa kerja pasif diri pertama dan frasa kerja pasif diri kedua tidak boleh disamakan. Misalnya:


(a) *Buku itu dibaca oleh saya.(salah)
Buku itu saya baca. (betul)


(b) * Mejameja itu disusun oleh kami. (salah)
Meja-meja itu kami susun. (betul)


(c) *Nota itu ditulis oleh kamu? (salah)
Nota itu kamu tulis? (betul)




Bentuk frasa kerja pasif diri ketiga pula tidak boleh disamakan dengan bentuk frasa kerja pasif diri pertama dan frasa kerja pasif diri kedua. Misalnya:


(a) *Dinding itu dia conteng. (salah)
binding itu diconteng olehnya. (betul)


(b) Drama itu mereka persembahkan. (salah)
Drama itu dipersembahkan oleh mereka. (betul)


Ayat Tergantung


1. Ayat terdiri daripada subjek dan predikat.


2. Bentuk ujaran yang tidak ada subjeknya atau tidak ada predikatnya bukan ayat.


3. Contoh kesalahan umum tentang ujaran yang tidak ada subjeknya ialah seperti berikut:



*Di seluruh dunia mengalami kemelesetan ekonomi. (tidak ada subjeknya)

Negara-negara di seluruh dunia mengalami kemelesetan ekonomi. (subjeknya Negaranegara)



4. Contoh kesalahan umum tentang ujaran yang tidak ada predikatnya ialah seperti yang berikut:

(a) *Dia yang datang semalam? (tidak ada predikatnya)

Diakah yang datang semalam? (predikatnya: Diakah)


(b) *Kamu yang mesti keluar dari sini. (tidak ada predikatnya)

Kamu mesti keluar dari sini. (predikatnya: mesti keluar dart sim) atau

Kamulah yang mesti keluar dari sini. (predikatnya: Kamulah)



Beberapa contoh "ayat tergantung" yang lain serta pembetulannya adalah seperti yang berikut:



(a) *Tentang keterangan ini menjelaskan salah faham yang timbul. (tidak ada subjeknya)


Keterangan ini menjelaskan salah faham yang timbul. (Subjeknya: Keterangan ini)


(b) *Bagi setiap orang mesti mematuhi undang-undang. (tidak ada subjeknya)

Setiap orang mesti mematuhi undang-undang. (subjeknya: setiap orang)


(c) *Di seluruh kawasan sudah dinaiki air. (tidak ada subjeknya)

Seluruh kawasan sudah dinaiki air. (subjeknya: Seluruh kawasan)

No comments:

Post a Comment