Tuesday, June 04, 2013

Pepatah : Tahun 11 (Menengah 5)

1. Ada air adalah ikan
Rezeki itu ada dimana-mana, asalkan diusahakan
Contoh ayat: Encik Kassim mencari rezeki dengan menjual air batu campur berhampiran dengan kilang itu. Kata orang, ada air adalah ikan.

2. Ada kerak, ada nasi
Setiap kejadian ada bekasnya.
Contoh ayat: Kenangan pahit yang menimpa Bu Hjh Suri umpama ada kerak ada nasi baginya.

3. Berpatah arang, berkerat rotan
Memutuskan sama sekali perhubungan saudara atau sahabat
Contoh ayat: Walau marah atau benci bagaimanapun dengan sesiapa sahaja, jangan sampai berpatah arang, berkerat rotan.

4. Di padang orang berlari-lari, di padang sendiri berjengket-jengket.
Suka memakan hak orang, hak sendiri disimpan.
Contoh ayat: Haji Asli dikatakan oleh orang kampung ‘di padang orang berlari-lari, di padang sendiri berjengket-jengket kerana semakin hari semakin mewah.

5. Gajah berak besar, kancil pun hendak berak besar.
Orang yang berpendapatan kecil yang cuba berlagak dan berbelanja seperti orang yang berpendapatan besar, akhirnya dia juga akan susah.
Contoh ayat: “Itulah sudah ku katakan tadi, kalau gajah berak besar, kancil pun hendak berak besar, sekarang siapa yang susah.” kata Ayub kepada Salleh.

6. Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati ditengah-tengah
Dua kuasa besar bertelingkah, negara lemah yang mendapat akibatnya
Contoh ayat: Akibat tamakkan kuasa, negara lain yang terjejas, gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati ditengah-tengah.

7. Gunung yang tinggi akan runtuh, jika setiap hari digali
Harta benda yang banyak sekalipun akan habis, jika dibelanjakan setiap hari, tanpa ditambah lagi.
Contoh ayat: Arwah ayah selalu berpesan supaya selalu berjimat cermat untuk kemudian hari, kerana gunung yang tunggi akan runtuh, jika setiap hari digali.

8. Hendak menegak benang yang basah
Hendak membenarkan sesuatu hal atau perbuatan yang salah
Contoh ayat: Rosli asyik hendak menegakkan benang yang basah setiap kali dia melakukan kesilapan.

9. Ikut resmi padi, makin berisi semakin menuduk.
Semakin tinggi ilmu, semakin merendah diri.
Contoh ayat: “Para pelajar diingatkan supaya mengikut resmi padi, makin berisi semakin menunduk apabila sudah berjaya nanti,” kata pengetua ketika berucap dalam Upacara Penyampaian Hadiah-hadiah bagi Pelajar Cemerlang O Level.

10. Kalau baik buat teladan, kalau tak baik buat sempadan
Tiru yang baik, jauhi yang jahat
Contoh ayat: Ayah selalu menasihati kami supaya menjadi orang yang sentiasa mempelajari sesuatu baru. Tapi kalau yang baik buat teladan, kalau tak baik buat sempadan tambah ayah.

11. Memancung tinggi-tinggi, menebang rendah-rendah.
Meminta denda yang paling berat, tetapi diberi yang paling ringan.
Contoh ayat: Hassan mengakui kesalahannya dan beranggapan hukuman yang akan dikenakan kepadanya sudah tentu berat sebaliknya dia hanya memancung tinggi-tinggi, menebang rendah-rendah.

12. Muka berpandangan, budi kedapatan
Seseorang yang mengetahui perbuatan jahat orang lain tetapi tidak dibalas / Orang yang tidak menghiraukan perbuatan jahatnya malah sikapnya seperti dahulu.
Contoh Ayat: Rakan-rakan Ismail tidak begitu menghiraukan kisah tentang perbuatannya yang menyakitkan hati itu kerana muka berpandangan, budi kedapatan.

13. Mulut disuap pisang, buntut dikait onak
Pujuk rayu yang mengandungi niat yang jahat
Contoh ayat: Mael memang terkenal dengan mulut disuap pisang, buntut dikait onak kerana mulut manisnya suka memperdayakan wanita-wanita di kampungnya.

14. Orang yang menunggu perigi itu, masakan mati dahaga.
Bersahabat dengan orang yang berilmu takkan susah.
Contoh ayat: Ibu selalu berpesan supaya bijak dalam memilih kawan yang berilmu pengetahuan, kerana orang yang menunggu perigi itu, masakan mati dahaga.

Friday, May 17, 2013

Perambahan Brunei: Tahun 11 (Menengah 5)

1. Barangin
Tidak tetap pendirian, fikiran, kelakuan dan sebagainya.
Contoh ayat: Orang tidak percaya kepadanya kerana dia berangin.

2. Basar (h)awa
Besar keinginan tanpa perhitungan
Contoh ayat: Dia selalu mengigatkan adikanya supaya jangan terlalu basar (h)awa untuk membuat sesuatu.

3. Caradiknya macam buratak nasi
Percakapan yang tidak putus-putus
Contoh ayat: Walaupun Aiman berumur 7 tahun, namun caradiknya macam buratak nasi.

4. Inda majalis
Keadaan yang kurang elok dalam sesuatu majlis.
Contoh ayat: “Nanti dikatakan inda majalis jika kamu tidak berbaju kurung semasa majilis persandingan Akmal nanti,” kata Dina kepada Nurul.

5. Kambang asang
Menitis air liur (sewaktu orang makan asam).
Contoh ayat: Hadizah yang makan asam, Fairuz pula yang kambang asang.

6. Lada padi
Orang yang berbadan kecil tetapi berani
Contoh ayat: Ali mendapat pujian lada padi dalam perlawanan pencak silat itu.

7. Masak puji
Suka dipuji.
Contoh ayat: Dia rajin membuat kerja setelah dipuji. Rupa-rupanya dia itu masak dipuji.

8. Puah (h)ati
Tidak tabah.
Contoh ayat: Kita janganlah puah (h)ati menghadapi cabaran demi mencapai cita-cita.

9. Ular lundung
Tidak mahu berusaha sendiri dan semata-mata mengharapkan belas kasihan daripada orang lain; orang yang malas
Contoh ayat: Janganlah jadi seperti ular ludung, nanti tidak ada masa depan.

10. Pulang paku
Balik modal sahaja.
Contoh ayat: Perniagaan Haji Bahar semakin maju dan pulang paku sejak akhir-akhir ini, terutama ketika musim cuti persekolahan.

Saturday, April 20, 2013

Perumpamaan: Tahun 11 (Menengah 5)

1. Bagai cembul dapat tutupnya
Sesuatu yang sesuai benar.
Contoh ayat: Kedua mempelai yang berada di atas pelamin itu, sama cantik sama padan, bagai cembul dapat tutupnya.

2. Bagai dihiris dengan sembilu
Hati yang terlalu sakit, pedih dan sedih.
Contoh ayat: Hati Suraya bagai dihiris dengan sembilu apabila mengetahui bahawa kekasihnya bersama orang lain.

3. Bagai kelip-kelip terbang malam
Rahsia yang tidak dapat disembunyikan.
Contoh ayat : Perpisahan antara Kamisah dan Halim bagai kelip-kelip terbang malam kerana ramai kawannya yang tahu.

4. Bagai tikus membaiki labu
Membaiki sesuatu yang tidak tahu mengenainya, akibatnya semakin rosak pula
Contoh ayat: “Usahlah engkau membaiki keretaku ini, nanti bagai tikus membaiki labu pula,” kata Rafi kepada Lim San.

5. Seperti anak ayam kehilangan ibu
a) Orang yang kehilangan tempat bergantung
b) Sesuatu kaum yang berpecah-belah akibat kehilangan pemimpin
Contoh ayat: Keadaan di Palestin menyebabkan ramai anak-anak kehilangan keluarga mereka. Inilah dikatakan seperti anak ayam kehilangan ibu.

6. Seperti kuda lepas dari pingitan
Sangat gembira kerana bebas daripada kongkongan
Contoh ayat: Keluar sahaja daripada rumah, Jimmy sangat gembira seperti kuda lepas dari pingitan.

7. Seperti Si Kudung mendapat cincin
Dapat benda baik tetapi tidak dapat menggunakannya
Contoh ayat: “Sudah ku katakan tadi, jangan beli barang itu daripada kedai tadi. Sekarang, seperti Si kudung mendapat cincin pula,” keluh Kassim kepada isterinya Azimah.

Wednesday, April 17, 2013

Simpulan Bahasa: Tahun 11 (Menengah 5)

1) Angkat Bahu
Menunjukkan isyarat tidak tahu
Contoh ayat: Lailatul hanya mengangkat bahu apabila ditanya soalan teka-teki oleh Mariam

2) Bangkai bernyawa
Orang yang tidak berguna
Contoh ayat: Penagih dadah itu hidup merempat seperti bangkai bernyawa

3) Bapa pergerakan
Orang yang pertama menjadi ketua sesuatu pergerakan atau pelapor
Contoh ayat: Haji Samad sudah lama menjadi bapa pergerakan dalam kegiatan bermucang-mucang di Kampung Bebatik.

4) Gelombang hidup
Cubaan hidup
Contoh ayat: Manusia tidak akan pernah lari daripada gelombang hidup.

5) Hisap darah
Memeras keuntungan yang terlalu banyak
Contoh ayat: Penjual itu menghisap darah pelanggan-pelanggannya.

6) Jinak-jinak merpati
Perempuan yang mudah didekati tetapi sukar dipikat
Contoh ayat: Gadis berambut panjang itu sukar dipikat kerana dia jinak-jinak merpati.

7) Makan tidur
Tidak membuat sebarang pekerjaan
Contoh ayat: Harun hanya makan tidur sahaja jika tidak bekerja

8) Modal asing
Modal dari luar negeri
Contoh ayat: Kejayaan Dato’ Hazami pada masa ini diperolehi daripada hasil pelaburan modal asingnya daripada Australia.

9) Potong jalan
Merampas peluang orang lain; mendahului orang lain
Contoh ayat: “Engkau ni asyik potong jalan aku”, kata Hamid kepada Abu ketika sedang berbaris di luar bilik air.

10) Tahan hati
Sabar; tabah
Contoh ayat: Sudah sekian lama Babu Hjh Saadiah tahan hati dengan dugaan yang menimpa anaknya yang sakit itu.

11) Termakan budi
Menanggung pemberian orang.
Contoh ayat: "Jangan selalu termakan budi orang, nanti susah hendak membalas jasa mereka," kata Emak pada anaknya Syamie.