Wednesday, April 30, 2014

Kata-kata Hikmat : Tahun 11 (Menengah 5)


Kata-kata bijak pandai yang telah dijadikan panduan kerana kebenarannya. Kata-kata hikmah ini juga dikenali sebagai lidah pendita, kata-kata sakti, falsafah ringkas, kata-kata yang mengandungi falsafah, atau kata-kata daripada orang cerdik pandai.

1. Pandu laju mara dituju
Memandu laju mengakibatkan kemalangan
Contoh ayat: Orang ramai dinasihatkan supaya memandu mengikut had yang diarahkan, bagi mengelakkan daripada ‘pandu laju mara dituju’.

Bidalan : Tahun 11 (Menengah 5)

Bidalan merupakan kata-kata yang sering kali disebut dan mengandungi unsur-unsur nasihat, peringatan, pengajaran dan sebagainya. Bidalan terdiri daripada rangkaikata-rangkaikata yang pendek, lurus, dan tegas. Ia merupakan peribahasa yang mempunyai makna selapis kerana apa yang dikatakannya, itulah maksudnya.

IDENTITI BIDALAN:
Tiada pengenalan khusus pada bidalan, hanya dapat diperhatikan daripada beberapa perkataan tersusun pada bidalan itu dengan pengertian tertentu atau khusus. Kadang-kadang ada juga bidalan yang dibubuh koma (,) seperti pepatah sebelum ini tetapi dengan rentak yang belainan.


1. Biar putih tulang, jangan putih mata.
Lebih baik mati daripada menanggung malu
Contoh ayat: Pak Kassim sanggup melepaskan jawatan sebagai ketua kampung setelah dia mengetahui anaknya terlibat dengan masalah sosial kerana bagi beliau, biar putih tulang jangan berputih mata.

2. Naik tangga dari bawah.
Untuk mencapai kedudukan yang tinggi hendaklah berusaha dengan bersungguh-sungguh dari peringkat bawah atau permulaan; kejayaan tidak datang dengan tiba-tiba.
Contoh ayat: Setiap orang yang berjaya bermula naik tangga dari bawah, kerana setiap kejayaan itu akan terasa nikmatnya bila kenal erti susah payah.

3. Nak kaya berdikit-dikit, nak ramai bertabur-urai.
Pandai berjimat akan kaya, suka bersedekah membawa tuah.
Contoh ayat: Nak kaya berdikit-dikit, nak ramai bersedekah membawa tuah, itulah falsafah Haji Sulaiman yang beliau pegang sehingga sekarang dan sebab itulah beliau sentiasa murah rezeki dan rezeki betambah-tambah.

4. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
Fikir baik-baik supaya tidak menyesal kemudian.
Contoh ayat: Akibat kecuaian memandu, Samad telah kehilangan keluarganya. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.